[VIDEO] Dini Schatzmann Buat Kerja Rumah, Netizen ‘Cemburu’ Janna Nick Dapat Suami Rajin – “Limited Edition Ni, Jaga Baik-Baik”

Perkongsian terkini pelakon, pengacara dan penyanyi, Janna Nick yang memuat naik video suami tersayang, Dini Schatzmann sedang membuat kerja rumah meraih tumpuan ramai.

Video berdurasi 1 minit itu memaparkan Dini sedang mengemop lantai dan memvakum membersihkan habuk di persekitaran dalam rumah dan permukaan sofa.

Aktres Surat Dari Tuhan ini memuji suaminya yang rajin membantu mengemas kediaman baharu mereka itu.

“Puji la lebih lebih sikit. Sebab kita malas 🤣,” tulis Janna di ruangan kapsyen.

@jannanickofficial

Puji lagi..kang takut dia kata kita tak nampak dia buat keje 🤣

♬ original sound – jannanick95 – jannanick95

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berkata Janna beruntung kerana mendapat seorang suami yang bukan sahaja kacak, malah rajin mengemas rumah.

Malah, netizen turut melabel Dini sebagai seorang suami yang ‘limited’.

Sementara itu, ada juga segelintir netizen yang memuji rumah pasangan selebriti ini tampak kemas dan tidak serabut seolah-olah berkonsep ‘minimalist’.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 72,000 tontonan, 2,000 tanda suka dan lebih 15 komen.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Penerbit Suruh ‘Bakar-Line’, Saya Cuma Tambah Perasa” – Isu Perli Program Lain Hanya Ikut Skrip… Janna Nick, Elly Mazlein Saling Berhubung

Artikel Berkaitan: Ruhainies Tak Terasa Dengan Janna Nick – “Kita Tahu Dia Suka Bergurau”

Artikel Berkaitan: Nak Elak Penyakit Ain, Janna Nick & Dini Schatzmann Elak Terlalu Berkongsi Kemesraan Di Media Sosial – “Tapi Kalau Client Minta, Kena Buat La”

Aqilah Paharuzi