Hiburan By: SGMS Faida September 17, 2019 @ 1:38pm

‘Terlalu Peribadi Untuk Dikongsi’- Lufya, Suami Bercerai

Suami kepada penyanyi dan pelakon, Lufya Omar, Dr. Che Muhammad Hafiz Baharum, mengaku sudah menceraikan isterinya sejak minggu lalu.

Memetik laporan sebuah portal hiburan, Dr Che Hafiz menerima permintaan Lufya untuk bercerai secara baik.

“Saya bersetuju dan tunaikan permintaan Lufya untuk menceraikannya. Permintaan tersebut diminta Lufya menerusi WhatsApp ketika kami sedang membincangkan isu rumah tangga.

“Biarlah kami sahaja yang tahu punca perceraian ini. Tidak perlu dikongsi dengan masyarakat” ujar Dr. Che Hafiz. 

Dia juga berharap, segala yang berlaku dapat diselesaikan dengan cara baik.

“Cukuplah ini sahaja penjelasan daripada saya dan terlalu peribadi untuk saya kongsikan tentang hal lain,” ujarnya.

Tambahnya, dia perlu menjaga banyak hati buat masa ini dan berharap masyarakat berhenti membuat spekulasi.

Pasangan ini berkahwin pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 2 Dec 2022
Hiburan Fri, 1 Mar 2024

AJL38: Masdo Ramal Aina Abdul Juara Lagi?

Agak-agak siapa yang bakal juara AJL38?

Hiburan Sun, 26 Aug 2018

罗忆诗重心放歌舞剧 对前任恋情大方祝福

自庄惟翔小玉恋情公开后,日前「前任女友」罗忆诗在出席儿童歌舞剧推介礼时首度公开回应,并大方祝福对方。

Featured Sun, 19 Jun 2022
Hiburan Tue, 18 Sep 2018

Aliff Syukri Naik Angin Gara- Gara Isu K****?

Bukan apa, sesetengah netizen telah mengkritik penampilannya di sekeping foto yang dimuatnaik, baru-baru ini.

Featured Wed, 21 Dec 2022
Hiburan Mon, 20 Jan 2020
Hiburan Sat, 2 Feb 2019

‘Tak Sabar Tengok Persembahan Kawan Baik’- Wany Hasrita Bakal Hadir Ke AJL 33

Sudah tentu saya akan hadir pada malam esok memandangkan rata-rata finalis yang membuat persembahan adalah teman baik saya.