Terpaling Juara: “Kali Pertama Dapat Reaksi Negatif” – Kritik Ifa Raziah, Guru Vokal Nafi Cipta ‘Propa’ atau ‘Drama’

Guru vokal, Shaffiq Erwin memberitahu video reaksi terhadap persembahan Ifa Raziah di konsert Terpaling Juara itu adalah benar, tulus dan ikhlas tanpa tujuan lain.

Pada konsert kedua Terpaling Juara, persembahan Ifa Raziah mendendangkan lagu Di Pintu Syurga mendapat perhatian Shaffiq Erwin yang dikatakan sumbang.

“Jangan nyanyi sumbang. Saya tak tahu dia nangis betul atau tipu. Esakan tu tak nampak air mata yang mengalir. Saya tak faham mungkin itu ‘feel’ atau apa. Tapi tak kisahlah nangis betul atau tipu,” komen Shaffiq.

Disoal adakah Shaffiq hanya sekadar mencipta ‘propa’ dan ‘drama’ bagi tujuan ‘content’, dia menafikan perkara tersebut.

“Saya tak ada masa nak layan ‘propa’. Itu adalah reaksi betul daripada saya. Bukan saya saja nak kecam. Saya tidak gunakan video itu untuk tujuan nak mencipta sensasi. Malah jauh sekali untuk berdrama. Kalau dibayar tak apa lah juga.

“Video tu lebih pada nak mendidik. Selama buat video reaksi ini, setiap video saya bagi input untuk diperbaiki. Bukan untuk penyanyi itu saja, tapi orang lain yang menonton juga boleh dapat ilmu. Lagi pula saya gunakan bahasa yang orang mudah faham. Tidaklah sampai nak mengeji dan sebagainya,” katanya.

Menurut Shaffiq, sepanjang lebih setahun membuat video reaksi persembahan penyanyi, itu adalah kali pertama dia berdepan situasi sedemikian.

“Dari tahun lepas saya buat, tidak ada niat nak kecam penyanyi itu. Ini kali pertama saya mendapat reaksi negatif daripada penyanyi. Terkejut juga. Sebelum ni semua penyanyi yang saya buat video reaksi siap boleh mesej DM dan ucap terima kasih sebab bagi mereka tips.

“Kalau nak tahu, dalam Terpaling Juara tu bukan persembahan Ifa saja saya komen. Penyanyi lain ada juga. Setiap minggu saya kena buat video reaksi untuk empat orang. Bukan saya yang pilih, tapi pihak berkenaan. Saya hanya menjalankan tugas,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Terpaling Juara: “Kau Siapa Nak Sound-Sound Aku?” – Ifa Raziah Bidas Komen Guru Vokal

Sumber: Harian Metro

Khairil Khusyairi