Puteri Balqis Buat Laporan, Polis Siasat Bapa Didakwa Lakukan Gangguan Seksual

Pelakon remaja, Puteri Balqis, 15, akhirnya membuat laporan polis selepas membuat pendedahan ā€˜berani matiā€™ menjadi mangsa gangguan seksual terhadap bapa kandungnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya.

Memetik laporan kenyataan media dimuat naik oleh wartawan bilik berita Media Prima, Mohd Redzuan Abdul Manap di Twitter miliknya, pihak polis mengesahkan terima laporan daripada aktres itu pada jam 10.25 malam, Isnin lalu.

Menurut Ketua Polis Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata, Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish dalam laporan tersebut menyatakan telah diganggu secara seksual serta tidak menjaga kebajikan oleh bapa kandungnya sejak tahun 2013 sehingga tahun 2017.

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencabul, Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001 atas kesalahan mengabaikan seorang kanak-kanak dan Seksyen 202 Kanun Keseksaan atas kesalahan memiliki bahan lucah.

Menerjah ke ruangan media sosial, rata-rata netizen bersetuju akhirnya Aqish tampil berani membuat laporan polis setelah beberapa tahun menjadi mangsa gangguan seksual bapanya.

Namun, ada dalam kalangan netizen yang mempertikaikan bagaimana untuk mendapat bahan-bahan bukti bagi kes Aqish ini.

Artikel Berkaitan:Ā Beri Pandangan Peribadi, Azhar Sulaiman Tak Setuju Cara Puteri Balqis ā€“ ā€œDia Masih Budak, Tak Ada Siapa Nasihat Dulu?ā€

Artikel Berkaitan:Ā Kongsi Perbualan Bersama Foto Report Polis Atas al-Quran, Warganet Kurang Senang Dengan Rakan Bapa Puteri Balqis

Artikel Berkaitan:Ā Bapa Puteri Balqis Buat Laporan Polis ā€“ ā€œWallahi, Tak Terniat Nak Buat Perkara Keji Itu..ā€™

Artikel Berkaitan:Ā ā€œWalau Sesial Mana Ibukuā€¦ā€ ā€“ Luahan Hati Puteri Balqis & Ibu Buat Warganet Emosi

Artikel Berkaitan:Ā Digelar S*ndal, Pengemis & Sengaja Jual Badan, Puteri Balqis ā€˜Sarkastikā€™ Bidas Netizen Puaka

Artikel Berkaitan:Ā Disaran Ambil Dadah & Difitnah Kutip Sampah Dengan Ibu! Puteri Balqis Cadang Saman Netizen Tapiā€¦

Sumber: Twitter

Aqilah Paharuzi