Terpaling Juara: “Kita Jangan Fikir Negatif” – Fauziah Latiff Hormati Penyanyi Senior & Junior

Penyanyi Fauziah Latiff menghormati peserta baru dan lama yang bersaing dalam program Terpaling Juara TV3.

Menurut Fauziah atau lebih mesra disapa Kak Jee, sebagai juri tetap, gabungan antara idea baru dan lama merupakan sesuatu perkara yang baik.

Namun, dia berpendapat bahawa tidak dapat dinafikan pengalaman penyanyi lama sedikit sebanyak mempengaruhi corak persembahan.

“Itu yang bagus gabungan yang baru dan yang lama bila mereka bergabung, idea masing-masing tu sesuatu perkara yang baik.

“Dengan adanya gabungan yang baru dan citarasa yang baru, kedua-dua belah pihak akan dapat pengalaman yang baru, so good for both,” ujarnya.

Tambah Kak Jee, semua peserta tidak kira baru atau lama perlu diberi peluang dan belajar daripada kedua-dua belah pihak.

“Kita jangan fikir negatif, yang lama kena bagi peluang begitu juga pada yang baru, this is good opportunity to pick up. Everybody starts from zero and me too,” katanya.

Jangan lupa saksikan Terpaling Juara setiap Ahad, jam 9 malam hanya di TV3!

Maya Basir