Selamat Lahirkan ‘Baby Merdeka’, Mona Allen Mohon Maaf Tak Sempat Balas DM

Pasangan pelakon Mona Allen dan Pekin Ibrahim telah berkongsi sebuah berita gembira di Insta Story semalam.

Mona Allen atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza, 37, memaklumkan bahawa dia telah selamat melahirkan putera sulungnya pada 2.39 pagi di sebuah pusat perubatan swasta di Seri Kembangan.

Lebih mengujakan, pelakon Dear Cinta itu berkongsi bahawa anak sulungnya itu dilahirkan pada hari kemerdekaan dan digelar sebagai ‘Bayi Merdeka’.

Sehubungan itu, Mona meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua yang telah mendoakan dirinya dan bayi.

Dia turut memohon maaf kerana tidak dapat menjawab panggilan dan mesej kerana terlalu ramai yang menghubunginya sehinggakan ada yang terlepas pandang.

Terdahulu, pasangan selebriti tersebut telah berkongsi jantina anak yang dikandung dalam sebuah majlis pengumuman jantina di akaun Instagramnya.

Untuk info, Mona dan Pekin telah mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018.

Atiqah Johari