Tersingkir DAA 4, Fauziah Gambus Mengaku Sudah Jatuh Cinta?

Keputusan konsert Dangdut Academy Asia (DAA4) Top 20 menyaksikan peserta daripada Malaysia iaitu penyanyi Fauziah Gambus tersingkir.

Menurut Fauziah atau nama sebenarnya Fauziah Suhaili memaklum biarpun tersingkir dia tetap bersyukur kerana berjaya sampai ke tahap ini.

“ Saya sudah cuba melakukan yang terbaik. Paling penting, selepas menyertai DAA 4, saya mula jatuh cinta dengan irama dangdut.

“ Saya mahu mempelajari teknik menyanyikan lagu dangdut dengan lebih baik,” katanya kepada Kapan Lagi.com.

Menerusi laman Instagram Fauziah, penyanyi berusia 30 tahun ini mengucapkan terima kasih kepada stesen televisyen Indosiar yang memberinya peluang untuk menyerlahkan bakat di sana.  

“ Selama saya berada di sini banyak sekali pengalaman dan ilmu yang saya perolehi. Saya memohon maaf andai ada kesalahan, tersalah cara atau tersilap bahasa. Terima kasih Cikgu @adibalmusic telah mengajar cara nyanyian dangdut, cengkok dan teknik nyanyian.

“ Terima kasih semua penyokong yang meminati karya saya dan terus memberi semangat. Pokoknya TERIMA KASIH SEMUANYA. ALL The Best! BERGOYANG BERNYANYI PASTI BIKIN KAMU HAPPY. DI SINI DI DANGDUT AKADEMI ASIA,” tulisnya.

Dalam pada itu, seorang lagi peserta dari Malaysia iaitu Wani Kayrie bakal melangkah ke peringkat seterusnya.

“ Sewaktu pengumuman hendak dibuat, saya sudah seakan pasrah untuk pulang ke tanah air kerana markah saya dan Kak Fauziah tidak jauh beza.

“ Bagi saya, Kak Fauziah telah lakukan yang terbaik malah jika diikutkan orangnya lebih hebat dalam nyanyian. Namun begitu, rezeki lebih berpihak kepada saya pada malam itu,” katanya yang berjanji akan membuat lebih baik pada konsert seterusnya.

SGMS Faida