Teruskan #GengSubuhMacamJumaat Di Luar Negara, Alif Satar Seronok Kongsi Momen Di Masjid Abu Dhabi

Perkongsian selebriti versatil, Alif Satar mencuri tumpuan di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Alif memuat naik foto dirinya ketika berkunjung ke sebuah masjid terkenal di Abu Dhabi iaitu Masjid Sheikh Zayed.

Alif turut meluahkan rasa teruja apabila dapat menjejakkan kaki ke salah satu masjid terbesar dunia itu.

Lebih bermakna, Alif turut bersyukur apabila dapat menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid tersebut.

“Alhamdulillah.. rezeki dapat solat in this beautiful mosque. Masya-Allah… memang lawa.

“Sini strict sikit, tak boleh tunjuk sign tangan bila bergambar atau buat video lebih-lebih… takpa, kita hormat peraturan dan undang-undang.

“Seronok dapat subuh berjemaah dengan #GengSubuhMacamJumaat cawangan Abu Dhabi!

“Waktu solat pagi tadi, tengok lampu dia saja buat aku fikir ‘Kalau ni pun dah cantik, mahligai kat syurga nanti macam mana’

“Kalau nak ambil gambar tak ada orang, pergi waktu solat Subuh” tulisnya teruja.

Namun, disebalik perkongsian positif tersebut, ada satu komen dari netizen yang mencuri tumpuan ramai apabila ada seorang netizen mendakwa Alif menyusahkan orang.

Dakwa individu tersebut, kehadiran selebriti dikatakan sukar untuk diuruskan, malah mendakwa golongan selebriti sesuka hati membuat permintaan.

“Nak datang tapi nyusahkan orang nak arrange. Adhoc plan. Ingat selebriti boleh ikut suka hati nak request itu ini,” tulis individu tersebut di ruangn komen.

Untuk info, #GengSubuhMacamJumaat adalah inisiatif Alif Satar untuk memupuk orang ramai untuk sama-sama mengimarahkan masjid dengan solat berjemaah di masjid.

Kempen #GengSubuhMacamJumaat semakin mendapat perhatian ramai apabila usaha murni itu kini turut menjadi ikutan di seluruh negara termasuklah di negara jiran.

ARTIKEL BERKAITAN:  Nora Ariffin Seru JAKIM & Mufti Sokong Inisiatif #GengSubuhMacamJumaat Tapi Netizen Pula Tegur “Memang Dah Sokong Dari Mula” 

ARTIKEL BERKAITAN: Terpaksa Buat Dua Sesi, Lebih 12,000 Jemaah Hadir Solat Subuh Di Johor

ARTIKEL BERKAITAN: Alif Satar Terharu 3,000 Jemaah Sertai #GengSubuhMacamJumaat, Siap Buat Larian… Menteri Pun ‘Join’ & Puji 

ARTIKEL BERKAITAN: “Kau Jangan Rasa Diri Kau Paling Betul” – Yusuf Bahrin Selar Tindakan Individu Persoal Kempen #GengSubuhMacamJumaat

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Merdunya Laungan Azan Taufik Batisah… Inisiatif Anak Muda, #GengSubuhMacamJumaat Jadi Ikutan Di Singapura

Khairil Khusyairi