“Moga Allah Kabulkan Semua Doa Ummi Buat Bilal” – Sempena Ulang Tahun Ke-2, Neelofa Kongsi Momen Bahagia & Foto Comel Putera Sulung

Selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor berkongsi foto serta beberapa potong video pendek sempena sambutan ulang tahun kelahiran anak sulungnya, Muhammad Bilal.

Malah, berdasarkan foto yang dimuat naik, pengasas jenama Naelofar itu turut mendedahkan setiap gambar yang dimuat naiknya itu mempunyai kisah tersendiri.

“Dua hari sebelum lahirkan Bilal,” tulisnya pada foto yang dimuat naik bersama ibunya.

Manakala, foto kedua memaparkan dirinya hadir pada sebuah acara perkahwinan dan ditemani oleh ibu dan dua adiknya iaitu, Atisha dan Ameera khan.

“Masa dekat wedding ni, Bilal kung fu panda dalam perut,”katanya.

Perkara itu dikongsi Neelofa menerusi beberapa hantaran di Instagram story miliknya sebentar tadi.

Dalam pada itu, isteri kepada pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail ini turut mendedahkan wajah anaknya itu pada awal kelahirannya.

“Semoga Allah makbulkan semua doa-doa Ummi buat Bilal. I love you sayang,” ulasnya.

 

Salma Syahbuddin