“Memang Biadap!” – Shila Amzah Tegur Netizen ‘Kaki’ Layan Facebook, Persoal Status Amylea Minta Bantuan

Susulan tular semula laporan mengenai penyanyi dan komposer lagu, Amylea Azizan yang sebelum ini pernah meminta bantuan buat arwah bapanya, muncul pula individu yang mempersoalkan mengenai perkahwinannya yang dianggap mewah baru-baru ini.

Perkara itu dikongsi penyanyi popular, Shila Amzah apabila dia mendedahkan tangkap layar komen yang ditinggalkan oleh individu terbabit menerusi hantaran di Instagram story miliknya.

Berdasarkan foto tersebut, individu itu meninggalkan komen sarkastik seolah-olah mahu mencetuskan provokasi terhadap Amylea.

“Baru-baru ini tengok Amylea ni minta bantuan ayah dia sakit. Tup tup tengok dia nikah mewah pula,” komen individu berkenaan.

Tidak berdiam diri melihat kenyataan tersebut, Shila akhirnya tampil memberikan komen balas terhadap hantaran terbabit.

“Itu FITNAH. bapa dia dah meninggal dah. Lain kali jangan main Facebook. Itu semua fitnah orang yang sakit otak sanggup guna gambar bapa dia time sakit untuk buat cerita bodoh macam ni. Membabi buta percaya ni tak elok,” tegurnya.

Sementara itu, Shila turut menegur segelintir pihak yang sentiasa berasa iri hati terhadap kesenangan dan kebahagiaan orang lain gara-gara terlalu percaya berita palsu yang disebarkan menerusi platform media sosial terutamanya, Facebook.

Malah, dia juga kesal apabila ramai dalam kalangan warganet hari ini yang suka mencari duit atas kesengsaraan orang lain.

“Pagi-pagi dah buat barah eh. why cant people just be happy for other people. Tu la banyak sangat masamain Facebook.

“Geram tau bila orang yang suka percaya whatever gosip or news the read online tanpa cari kesahihan berita tu. Yang kat Facebook pun nak cari duit cara fitnah orang, memang biadap!,” ulasnya.

Terdahulu, Amylea sebelum ini memberikan amaran terhadap individu tidak bertanggungjawab yang menggunakan kisah bapanya untuk menjual insurans.

Bahkan, dia juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang menganggu ketenteraman keluarganya termasuklah isu berkaitan sumbangan yang pernah diminta sebelum ini.

Sekadar info, bapa Amylea iaitu Allahyarham Azizan Zainal Abidin, 62, telah menghembuskan nafas terakhirnya akibat penyakit jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada 11 Ogos 2021.

Pemergian arwah bapanya selepas beberapa hari berada dalam keadaan kritikal dan dikongsi penyanyi berusia 37 tahun itu menerusi laman sosial, Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN:Amylea Bengang Individu Petik Kisah Arwah Bapa Untuk Jual Insurans? -“Yang Komen Pun Bahlul!”

Salma Syahbuddin