“Thank You Selalu Menceriakan Hidup Saya”- Keluar ‘Healing’ Bersama, Sherry Alhadad & Abang Proton Bercinta?

Pelakon dan pengacara popular, Sherry Alhadad mencuri perhatian selepas videonya bersama individu yang dikenali sebagai Amir Mokhtar atau Abang Proton tular baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, Sherry kelihatan memakai baju kemeja berwarna putih dan dipadankan bersama topi berwarna hitam sambil berjalan dan tersenyum menuju ke kereta milik individu tersebut.

“Evening date with her. Thank you selalu menceriakan hidup saya,” tulisnya pada kapsyen video berkenaan.

Dalam pada itu, Sherry dan Abang Proton juga kelihatan menghabiskan masa bersama-sama dengan menikmati hidangan di sebuah restoran.

Malah, menerusi video berdurasi 1 minit itu, Abang proton juga sempat menghantar Sherry pulang ke rumahnya sebelum pengacara itu mengucapkan terima kasih kerana meluangkan masa bersamanya.

“Terima kasih eh bawa saya pergi healing.

“Nanti kita pergi healing lagi cari tempat makan lain,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut dan peminat Sherry memberikan respons positif terhadap hantaran berkenaan.

Bahkan, ramai yang mendoakan agar hubungan kedua-duanya berakhir ke jenjang pelamin.

“Nak sponsor baju kawen. Saya custom khas untuk abang dengan kak sherry.

“Kalau ada apa-apa pun kami setuju je.

“Abang jangan main-main dengan kak Sherry ye. saya sayang dia tau!

“Saya sukaaa!Lagipun Sherry nampak selesa dengan awak,” komen netizen.

Bagaimanapun, menerusi ruangan kapsyen tersebut, Abang proton menjelaskan bahawa hubungannya dengan Sherry atau nama penuhnya, Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad hanyalah sekadar teman baik sahaja.

“Jangan risau kitorang tak ada apa-apa pun. Kami selesa berkawan baik begini. Sherry ni dah jadi client saya sejak tahun 2019 lagi. Nanti saya cerita macam mana saya kenal beliau,”jelasnya.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 2 juta tontonan dengan menerima lebih 80,000 tanda suka sejak ia dimuat naik.

 

Salma Syahbuddin