Ibu Adi Putra Meninggal Dunia

Aktor Datuk Adi Putra berkongsi berita duka bahawa ibunya tercinta meninggal dunia pada Jumaat.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Adi memaklumkan ibunya, Noor Banoo Bte Khan menghembuskan nafas terakhir pada jam 11;15 pagi tadi.

“Assalamualaikum WBT, duka cita saya ingin maklumkan, bahawa bonda saya Noor Banoo Bte Khan Mohd telah pulang ke rahmatullah jam 11.15 pagi.

Tulis Adi lagi, dia berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan dan berkata jenazah ibunya itu akan disemadikan di tanah perkuburan di Singapura.

“Terima kasih pada semua yang mendoakan. Jenazah bonda saya akan disemadikan di Pusara Aman Singapura selepas asar.

“Jumaat 15 September 2023 ( 29 Safar 1445H ),” kongsinya.

Terdahulu, Adi memaklumkan dia mendapat panggilan kritikal daripada keluarganya mengenai kesihatan ibunya ketika dia berada di Tanah Suci.

ARTIKEL BERKAITAN: Adi Putra Terima ‘Panggilan Kritikal’ Keadaan Ibu Ketika Berada Di Tanah Suci, Mohon Doa Orang Ramai

Khairil Khusyairi