THE ROCK UCAP TAHNIAH BUAT MALAYSIA!

Siapa yang tidak kenal dengan lagenda wrestling dunia dan juga pelakon terkenal The Rock. Selepas dikenali melalui program wrestling dan kemunculannya menerusi filem-filem hebat seperti Fast Furious. The Rock sekali lagi mengulangi kejayaannya dengan filem terbaru beliau, Jumanji : Welcome To The Jungle.

Kejayaan dan sambutan hebat filem ini seterusnya membuatkan The Rock melahirkan rasa terima kasih beliau terhadap peminat-peminatnya di Malaysia. Ucapan tersebut juga telah dimuat naik menerusi laman instagram  beliau @therock .

ucapan Terima Kasih, The Rock menerusi instagramnya

The Rock juga cukup terharu apabila filem tersebut telah berjaya disenaraikan sebagai filem ketiga terlaris di Malaysia. 

“Malaysia, anda punya tempat istimewa di hati saya semenjak saya memulakan kerjaya dalam arena gusti lagi.
Antara kenangan manis yang akan saya kenang sehingga ke hari ini ialah pertarungan dengan pihak lawan di Kuala Lumpur.”

“Saya sangat berterima kasih dan teruskan menikmati Jumanji,” kata The Rock.

Jika dilihat menerusi entri The Rock itu, beliau turut memuat naik beberapa video berdurasi kurang dari satu minit untuk negara lain seperti Mexico, New Zealand, Jepun, Indonesia dan juga Germany sebagai tanda penghargaan diatas sambutan hebat filem tersebut.

 

 

Salma Syahbuddin