This Is Pilah Bukan Filem Berangan

Lain daripada yang lain, bukan filem biasa-biasa, itu gambaran tepat bagi filem This Is Pilah yang dijangka menemui anda di pawagam bermula pertengahan April nanti!

Pendek kata, korang pasti tak kering gusi menonton filem arahan Rosdi Md Dali ini! Filemm yang menerapkan keunikan Adat Perpatih Negeri Sembilan ini menampilkan beberapa nama besar dalam industri seperti Waris, Ito, Juzzthin, Joey dan ramai lagi. Fuh, tak sabar rasanya nak tengok kemunculan Waris di layar perak.

Bukan itu saja, kemunculan pendakwah popular, Ustaz Syamsul Debat dalam filem ini juga bakal menarik lebih ramai penonton menyaksikan filem yang menelan belanja hampir RM 1 juta ini.

Pengarah Urusan Madness Films selaku penerbit This Is Pilah, Shafirul Nizam Haron memberitahu, filem ini bukan hanya untuk tontonan orang-orang Negeri Sembilan saja!

Gambar: Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Seri Hasan Malek (kiri) dan Penerbit This Is Pilah, Shafirul Nizam Haron

“ Bahasa dan percakapan dengan dialek ‘pekat’ Nogori bukan halangan untuk anda menonton filem ini.

“ Saya gerenti jika anda dalam keadaan stress, sila tonton filem ini. Berbaloi-baloi dengan jenaka yang dipersembahkan,” katanya ketika ditemui pada majlis pra-tayangan This Is Pilah di Cheras, sebentar tadi.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kuala Pilah Datuk Seri Hasan Malek yang turut hadir di majlis pra tayangan This Is Pilah memberitahu beliau cukup bangga dengan hasil pembikinan filem ini.

“ Saya amat teruja dan bangga dengan persembahan para pelakon yang ada dalam filem ini, memang memikat hati saya. Lagi menggembirakan, This Is Pilah ini adalah idea dan arahan anak Pilah sendiri.

“ Secara tak langsung filem ini memberi penjelasan serba sedikit tentang adat Perpatih khusunya dalam hal perkahwinan sesama suku. Tahniah kepada seluruh kru produksi, para pelakon dan semua yang terlibat. Anda kena tonton okay, pastinya berbaloi!,” katanya.

This Is Pilah mengisahkan hasrat seorang pemuda di Kuala Pilah yang mahu memperisterikan gadis idamannya tetapi terpaksa berdepan dengan halangan bapa gadis itu kerana berasa dari suku yang sama. Agak-agaknya dapatkah mereka ‘melanggar’ adat untuk bersatu?

Jangan lupa saksikan This Is Pilah bermula April ini di pawagam berdekatan anda. Jom Poei!

SGMS Faida