“This Is The Best For Me, Doakan!” – Puteri Sarah Fail Cerai

Pelakon Puteri Sarah Liyana, 38, hari ini memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya yang juga pengarah sensasi, Syamsul Yusof di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menegaskan dia lega selepas memfailkan tuntutan cerai.

“Alhamdulillah syukur, semuanya selesai difailkan, rasa lega, satu beban yang telah dilepaskan sebelum saya pergi umrah, lagi sepuluh hari dan semoga nanti tenang-tenang sahaja.

“Saya lega sebab sebagai seorang isteri, kalau ikutkan tahun ini cukup sembilan tahun perkahwinan kami. Kebetulan mahkamah bagi 7 Mac 2023, jadi Alhamdulillah cukuplah sembilan tahun Sarah menjadi isteri kepada Mohd Syamsul.

”I am very strong, I have my family, I have Allah dan paling penting I have my kids.

”Saya redha apa yang terjadi, yang penting saya dah failkan,” katanya kepada XTRA ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Menurut peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah, tarikh sebutan kes cerai adalah pada 7 Mac depan.

“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, kita dah failkan permohonan untuk cerai di bawah seksyen 47, dan mahkamah menetapkan tarikh sebutan pertama pada 7 Mac 2023 dan sebelum itu kita akan serahkan saman pada pihak defendan (Syamsul Yusof) dan dia perlu hadir pada tarikh tersebut.

“Itu adalah tindakan pertama, seterusnya kami akan mulakan prosiding menghina mahkmah terhadap Ira Kazar, bapa dan kakaknya kerana terang-terang melanggar perintah mahkamah yang dikeluarkan Mahkamah Sivil tempoh hari.

“Kita akan mulakan prosiding menghina mahkamah dan kita akan minta mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dan denda jadi kita akan tunjukkan jenis-jenis pelanggaran yang telah dilakukan. Pelanggaran yang paling dasyat,” tegas Akberdin.

Sebelum ini Sarah juga menegaskan dia nekad untuk memfailkan penceraian dan tidak akan menarik balik hasratnya walau apa pun yang terjadi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Segala Kemusnahan Sudah Dilakukan Syamsul” – Hubungan Hampir Temui Titik Noktah, Puteri Sarah Tekad Failkan Perceraian 

Awal Januari lalu, Syamsul tampil mengejutkan ramai apabila mengumumkan dia sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dari semua pihak sehingga kini.

Untuk info, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam dan Summayah.

Khairil Khusyairi