Pertama Kali Sepentas Dengan Haqiem Rusli, Aksi Anis Sofea Menyanyi Raih Perhatian

Isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli, Anis Sofea tampil menyerlahkan bakatnya dalam nyanyian di konsert Malam Mimpi Haqiem Rusli, baru-baru ini.

Menerusi video yang tular di TikTok, Anis kelihatan begitu bertenaga ketika menyanyi bersama suaminya, Haqiem buat pertama kali.

Malah, Anis yang menyampaikan lagu Pink Venom nyanyian asal Blackpink itu sekali gus membuat malam konsert tersebut menjadi gamat dengan sorakan peminat yang hadir.

@era.je First time tau wife @haqiemrusli98_ nyanyi sekali atas pentas dengan dia. Lagu Pink Venom lagi. 😃 #sharERA #malammimpihaqiemrusli #fyp ♬ original sound – ERA

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata warganet terkejut dan memuji bakat terpendam isteri Haqiem itu dalam nyanyian.

“Pandai jugak bini Haqiem nyanyi. Nampak lembut, boleh buat rap Baiiiii.. Power lah ahhahaha.

“Otak aku terus jatuh. Tak tahu apa dia nynayi weiii.

“Hilang terus karakter pemalu si Anis ni. Baguih-baguih ni yang kita mahukan.

“Pandai gila perform,” komen warganet.

Fatin Nurain