Throwback Foto-Foto Shila Amzah & Adik-Beradik, Fauziah Sarman Buat Ramai Sebak! – “Semoga Semua Bersatu Kembali”

Perkongsian terkini bekas isteri penyanyi sensasi ND Lala iaitu Fauziah Sarman telah menyentuh hati ramai pihak.

Menerusi hantaran terkini di Instagram, Fauziah memuat naik video memaparkan beberapa keping foto anak-beranaknya iaitu Shila Amzah, Shafiq, Syahir dan Syada Amzah.

Di ruangan kapsyen, Fauziah mengucapkan terima kasih kepada anak-anaknya mengundang rasa sayu dalam kalangan pengikutnya.

Lebih menyayat hati, video tersebut menggunakan lagu Sayang Sampai Mati milik Republik sebagai latar belakang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar hubungan mereka sekeluarga kembali erat dan bahagia semula seperti sedia kala.

Sebelum ini, konflik ahli keluarga penyanyi Shila Amzah dan adik-beradiknya menjadi perhatian ramai di media sosial.

Ia ekoran dakwaan adiknya, Syada Amzah mendedahkan mereka sekeluarga dihalau keluar daripada kediaman bungalow milik Shila.

Keadaan menjadi lebih parah apabila Syahir bertindak membalas kenyataan Shila yang mendakwa telah ditampar oleh adiknya itu.

Kemelut keluarga Shila bagaimanapun terlerai selepas Syada mendedahkan mereka kini sudah berpindah dan menetap di kondominium.

Aqilah Paharuzi