“Perempuan Atau Sh*male Stop DM Saya” – Fuad Rahman Dedah Kerap Diganggu, Mohon Netizen Hormat Isteri Sarat Mengandung

Penyanyi Fuad Rahman mencuri perhatian apabila memaklumkan, dia sering diganggu wanita dan juga golongan ‘shemale’ menerusi mesej terus (Direct Message).

Katanya, tidak salah sekiranya orang ramai di luar sana meminatinya sebagai seorang penyanyi dan penghibur, namun harus menghormati privasi dan juga keluarganya apatah lagi isterinya yang juga penyanyi, Tom kini sarat mengandung.

“Perempuan atau shemale stop la DM saya taip macam-macam. My wife baca lah si*l. She’s pregnant.

“Nak minat boleh tapi jangan mesej yang tak sepatutnya. Please respect my new family,”ulasnya.

Perkara itu dikonghsi Fuad menerusi hantaran di Instagram story miliknya, sebentar tadi.

Sementara itu, Tom menerusi hantaran terkini di platfrom sama juga tampil memberikan respons terhadap hantaran suaminya itu.

“Takpe lah B, lebih-lebih nanti saya pula mesej laki dia orang. Apa ada hal,” kongsinya.

 

Salma Syahbuddin