Throwback Foto Lama, Azhar Sulaiman Sakat Isteri & Anak, ‘Perli’ Mengenai Tubuh Badan? -“Kalaulah Chem & Leona Rajin Pergi Gym”

Pelakon Azhar Sulaiman mencuri perhatian selepas berkongsi foto perkahwinannya bersama isteri tercinta, Chempaka Emalin Pahamin.

Menerusi hantaran terkini di Instagram, Azhar atau lebih mesra dengan panggilan Behar memuji raut wajah isterinya pada ketika itu yang kelihatan kurus.

“Bila tengok balik my wedding album. Hurmm, baru perasan cantik juga Chem dulu,” katanya.

Bagaimanapun, hantaran tersebut seolah-olah bersifat sarkastik apabila Behar turut berharap agar isteri dan anaknya, Kasih Iris Leona kerap berkunjung ke gimnasium.

“Kalaulah dia (Chempaka) dan Leona rajin ke gim sekarang kan bagus dan afdal,” jelasnya.

 

Tak baik suami pertikai lemak isteri

Menjengah ke ruangan balas berkenaan, rata-rata pengikut aktor yang terkenal dengan filem Abang 92 ini terhibur dan menyifatkan sindiran tersebut sebagai salah satu cara bergurau antara suami dan isteri.

“Tapi Behar kalau suami tak pertikai lemak isteri kan lagi afdal.

“Behar buat statement mengundang ni. Jangan sampai kena cold shoulder nanti.

“Leona tu dulu memang slim, sekarang je dia berisi sedikit. Tapi dia dengan maknya sama cantik.

“Chempaka tetap cantik sampai sekarang. Leona pun cantik persis ibunya.

“Statemwnt mengundang amarah. Tapi yang tembam lah hot Behar,” komen netizen.

 

Salma Syahbuddin