Izara Aishah Dedah Dapat Tahu Hamil Ketika Usia Kandungan Cecah Empat Bulan, Tak Kisah Soal Jantina Anak

Umum mengetahui pelakon cantik Izara Aishah bakal menimang cahaya mata keduanya pada bila-bila masa sahaja.

Terbaharu, Izara, 30, menjelaskan perkongsian yang dibuatnya baru-baru ini adalah bukan mahu memaklumkan keadaannya yang sedang berbadan dua.

Menurut menantu kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ini lagi, dia dijangkakan bakal melahirkan bayi kedua pada penghujung September atau awal Oktober.

“Sebenarnya hantaran yang saya buat baru-baru ini bukanlah bertujuan untuk memaklumkan hal tersebut (kehamilan) kepada umum.

“Cuma fizikal sebagai ibu hamil itu kian ketara dan ada juga yang bertanya. Jadi secara kebetulan saya menghadiri sebuah majlis dan berkongsi momen ketika berada di sana.

“Sebelum ini pun kalau ada yang tanya, saya jawab. Insya-Allah kalau diikutkan, saya bakal bersalin sama ada hujung bulan ini atau awal bulan hadapan,” ujarnya.

Berkongsi mengenai momen awal kehamilannya, Izara akui mendapat tahu dia berbadan dia ketika usia kandungannya mencecah empat bulan.

“Saya dapat tahu hamil bila usia kandungan cecah empat bulan. Tiba-tiba mood rasa lain macam.

“Bila buat pemeriksaan hasilnya positif dan tentulah suami dan anak individu paling teruja.

“Pada fasa ini, saya akui pergerakan agak terbatas. Malah sukar juga untuk tidur. Cuma syukur awal trimester kehamilan saya tidak alami apa-apa alahan serius,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, pelakon drama popular Vanilla Coklat ini tidak memilih soal jantina anak sebaliknya berserah pada rezeki.

“Saya dan suami tidak kisah sama ada anak lelaki atau perempuan. Cuma kalau dapat anak lelaki, kiranya kami sudah ada sepasang cahaya mata.

“Tapi Adib kalau boleh dia idam anak perempuan. Saya pula tak kisah, memadai anak yang dilahirkan nanti sempurna apa adanya,” ujarnya.

Untuk info, Izara dan suami Adib Khalid telah mendirikan rumah tangga pada 17 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Irisa Alaia, 3.

ARTIKEL BERKAITAN: “It’s Due Next Month” – Bakal Timang Anak Kedua, Izara Aishah Kongsi Foto ‘Baby Bump’

ARTIKEL BERKAITAN: Tampil Anggun Di KLFW, Fizikal Badan Izara Aishah Curi Tumpuan… Netizen Dakwa Dah Hamil 6 Bulan – “Jumpa Dia Beli Barang Baby”

Sumber: Gempak

Khairil Khusyairi