‘Throwback’ Foto Masa Kecil, Sherry Alhadad Raih Pujian Peminat

Pengacara terkenal, Sherry Alhadad meraih perhatian peminat dan pengikutnya selepas berkongsi video ‘throwback’ dirinya sejak kecil hingga dewasa, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Sherry mengimbas kembali gambarnya semasa kecil dengan menunjukkan perjalanan dirinya dari ‘chubby’ sehingga mendapat bentuk badan sekarang.

Menurut Sherry, masih jauh lagi perjalanannya untuk mendapatkan sesuatu yang dia impikan sejak dulu dengan bantuan sokongan sekeliling.

“Jauh perjalanan Sherry untuk mengubah sesuatu yang tak pernah terfikir dan segalanya datang dengan usaha, semangat dan sokongan orang sekeliling.

“Jadikan kelemahan itu sebagai satu kekuatan untuk terus ke hadapan. Kepada all my glam team thanks for always make me stunning in all terms of size! I trully appreciate this,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat dan pengikutnya kagum dan bangga melihat perubahan pelakon itu dari dulu sehingga sekarang.

Bukan itu sahaja, rakan selebriti juga turut memberi sokongan dan pujian tak henti kepada Sherry selepas melihat usahanya cuba untuk menurunkan berat badan.

“Yang chubby dari kecil, tak mudah untuk kurus. She is one type of lady who is proud and confident no matter how she looks. Respect you for that. Keep going if you feel that it will make you feel better.

“So proud of you dear Sherry, keep it up! Terbaik, perkara yang dibuat dengan usaha bersungguh-sungguh dan berterusan insya-Allah akan ada hasilnya,” tulis warganet.

Nurul Hana