“Tiada Istilah Copycat”- DSV Sengaja Nak Tiru Imej? Ini Respons Aina Abdul

Sejak akhir-akhir ini, penampilan usahawan selebriti, Datuk Seri Vida (DSV) mencuri perhatian ramai apabila kerap muncul dengan imej unik seakan-akan pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36), Aina Abdul.

Malah, ramai yang melabel DSV sebagai ‘copycat’ kepada Aina demi mendapatkan publisiti.

Bagaimanapun, pelantun lagu Sepi itu tidak melenting dengan tanggapan orang ramai berkenaan isu tersebut.

 

Bahkan, Aina menganggap DSV seorang yang berani kerana mampu membawakan imej sedemikian walaupun pelbagai kata-kata negatif dilemparkan kepada beliau.

“Saya hormat beliau. Saya respect dengan DSV… and I love her. Dia seorang yang berani  dan seorang wanita kuat, itu yang saya nampak.

“Apa yang DSV cuba lakukan itu saya belajar daripada dia. Saya belajar macam mana nak menjadi seperti itu dan mungkin orang kat luar sana nampak benda yang lawak je kan… But to me, I learn the positive side of DSV,” katanya.

Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 29, ditemui di majlis Grand Launching & CEOBOSS Entrepreneur Award 2022 anjuran Trulooks di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur pada Ahad.

Dalam pada itu, Aina juga berbangga dengan DSV yang menjadi diri sendiri.

“Tak kiralah apa sahaja yang dilakukannya, she is doing herself. So, saya bangga dengan dia.

“Isu copycat… tak ada istilah copycat ke apa. Sebab semua orang terinspirasi daripada seseorang juga, jadi saya tak pernah fikir DSV tiru ke apa, memang tak ada,” katanya lagi.

Salma Syahbuddin