“Tidak Benar! Tolong Hormat” – Elisya Sandha Bengang Difitnah Bergaduh Dengan Keluarga Mentua

Pelakon, Elisya Sandha meluahkan perasaan berang selepas difitnah bergaduh dengan keluarga mentuanya, iaitu pengarah dan penerbit, Sheila Rusly dan Jinggo.

Dakwaan tersebut muncul selepas Elisya berkongsi keluarga kecilnya telah berpindah keluar dari rumah mentua untuk menetap di kediaman mereka sendiri.

Berdasarkan perkongsian tersebut, adik kepada aktres jelita Fasha Sandha ini memuat naik tangkapan skrin YouTube memaparkan tajuk video berunsur ‘clickbait’.

“Saya tak faham dengan manusia bernama Cik Koci, saya dengan mentua gaduh?? Headline tu pun dah salah, tolong jangan disebbakan nak viewers tinggi buat headline yang TIDAK BENAR.

“Whoever this Cik Koci is please remove headline yang salah tu ya. Respect my family,” tulisnya di kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, ibunya, Hatijah Tehman memohon anaknya itu untuk bersabar dengan ujian ini.

“Selalu kita hadap dari zaman angah (Fasha) dulu-dulu.. So bersabarlah dunai anakku,” tulisnya di ruangan komen.

Sekadar info, Elisya Sandha dan Uzair Haqimy Azman selamat berkahwin pada 21 Ogos 2021 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Bunga Elhaq, lapan bulan.

Aqilah Paharuzi