Categories: HiburanSelebriti

Tidak Percaya Iqram Dinzly Begitu!

Fouziah Gous terkejut dengan sikap pelik teman rapatnya. Menurut, Fouziah kali terakhir mereka berhubung, ketika kematian bapa Iqram.

“Saya tidak membaca atau mengikuti perkembangannya di laman sosial. Memang saya tidak tahu mengenai dakwaan dirinya murung dan berkelakuan pelik. Kenapa sampai jadi begitu? Mungkin kerana ayahnya meninggal dunia dan dia melayan perasaannya”

“Bila ada masa nanti, saya akan bertanya kepada kawan-kawan lain mengenai perkara itu. Itu kali terakhir saya berhubung dengannya. Ketika itu saya sarat mengandung anak kedua. Menyusul selepas itu, saya melahirkan anak kedua dan menjalani tempoh berpantang,”

Jika masih ingat, keakraban Fouziah dan Iqram dulu telah menimbulkan persoalan hubungan mereka hingga ada yang mengatakan mereka bercinta. Bagaimanpun kini, masing-masing sudah punya kehidupan sendiri.

SGMS Enal