Tidak Putus Asa Perjuangkan Karier Sebagai Penyanyi, Shatirah Amanda Tampil Dengan Lagu Langit Bukan Limit

Pernah tampil dengan tiga single sebelum ini, penyanyi Shatirah Amanda mengakui dirinya tidak pernah berputus asa untuk memperjuangkan kariernya dalam industri muzik.

Tampil dengan single terbaharunya yang berjudul Langit Bukan Limit, penyanyi ini telah mempertaruhkan lagu yang bergenre pop atau hip hop hasil sentuhan komposer Mas Dewangga.

Lebih menarik lagi, lirik lagu ini turut diilhamkan oleh Shatirah sendiri kerana ingin memperjuangkan semangat wanita yang tidak mudah berputus asa untuk mencapai apa yang diimpikan dalam kehidupan.

Menurut Shatirah, dia berharap agar lagu ciptaannya ini dapat memberikan semangat dan inspirasi kepada pendengar yang pernah menjalani kehidupan yang sukar dan berani untuk bertindak demi pencapai matlamt hidup mereka.

“Saya berharap para pencinta muzik akan dapat menerima kepelbagaian konsep dan genre yang dibawa kali ini.

“Saya juga berharap impian dan cita-cita saya untuk memperkenalkan bakat saya ke peringkat antarabangsa pada masa hadapan akan tercapai,” katanya.

Orang ramai boleh mula mendengar lagu ini menerusi platform iTunes, Spotify, Apple Music, Youtube Music, KKBox, Tidal dan Deezer pada 20 Jun ini.

Untuk makluman, Shatirah Amanda merupakan pemenang Top 5 Dewi Remaja 2020 dan bakal muncul menerusi filem seram arahan Datuk TS Jeffri yang berjudul ‘Marrak’ yang akan ditayangkan di pawagam pada Ogos ini.

Fatin Nurain