TikToker Bersuara Persoalkan Isu Kutipan Derma Untuk Nad Zainal, Netizen Ada Pendapat Lain! – “Kalau Tak Mampu Memberi, Cukup Dengan Doa & Jaga Kata-Kata”

Baru-baru ini, rakan-rakan selebriti mengambil inisiatif dengan melancarkan satu tabung kecemasan bagi meringankan beban keluarga pelakon Nad Zainal untuk menampung kos rawatan perubatannya.

Namun begitu, timbul ‘suara sumbang’ yang mempertikaikan inisiatif tersebut dan mempersoalkan tentang insurans Nad.

Menerusi Instagram individu bernama @hamzah.rashid, dia memuat naik poster tabung kecemasan yang disebarkan di media sosial itu di Instagram Stories (IGS).

Bukan itu sahaja, individu tersebut turut mencadangkan rakan artis yang berkemampuan untuk memberi sumbangan berjumlah besar.

Namun, ada netizen yang tampil dengan pendapat lain berkenaan isu melibatkan Nad.

Menerusi hantaran individu lain di TikTok, dia mengandaikan bahawa bil hospital Nad kini telah melebihi had.

“Doakan Nad Zainal lekas sembuh. Katanya bil dah over limit. Allahuakbar, moga dipermudahkan urusan Nad Zainal. Korang sila cek limit medical sekarang,” kata individu itu.

Netizen turut memohon agar orang ramai mendoakan yang terbaik untuk Nad dan menjaga kata-kata agar tidak menyinggung mana-mana pihak.

Atiqah Johari