Mengaku Kerap Terkucil, Kriteria Pemilihan Lagu Jadi Keutamaan… Ikut Kemampuan Vokal Nabila Razali

Penyanyi terkenal, Nabila Razali lebih teliti dalam memilih sebuah lagu untuk dinyanyikan selepas acap kali ‘terkucil’ sewaktu melakukan persembahan.

Ketika ditemui oleh XTRA, Nabila menceritakan pemilihan lagu menjadi keutamaan kerana ingin selari dengan kemampuan vokal yang dimilikinya.

“Of course bila kita pilih lagu, kita kena ikut kemampuan vokal. Macam saya, first thing first, lagu tu kena ada hook yang sangat strong membuatkan orang boleh sing along.

“Selepas itu, barulah kita tengok range lagu tu macam mana, itu menjadi sebab kita bekerjasama dengan komposer. Kali ini, menerusi single baharu berjudul Aku Terluka, saya bekerjasama dengan Amylea Azizan.

“Sebelum dia hasilkan lagu ini, dia buat background check mengenai saya. Jadi, kita boleh tahu lagu apa yang saya boleh nyanyi, lagu apa yang sesuai dengan saya,” katanya.

Nabila ditemui pada sidang media pelancaran lagu Aku Terluka yang berlangsung di Universal Music Malaysia, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Nabila kini lebih berhati-hati dalam nyanyian dan mendedahkan dia bertambah gemuruh ketika ingin melakukan persembahan selepas insiden terkucil ketika menyampaikan lagu Peluang Kedua di Anugerah Juara Lagu 35 (AJL 35) awal tahun 2021.

“Selepas insiden itu, ia membuatkan saya lagi berhati-hati. Saya akan jadi lagi extra nervous apabila nak naik stage. Of course saya tak boleh nak tipu, judgement daripada orang itu selalu bermain di fikiran.

“Macam saya sendiri ada expectation, apa yang kita nak bagi penonton dan pendengar itu rasa. Bagaimana pula nanti kalau tak sampai apa semua? Tapi, kita hanya boleh berusaha.

“Saya juga akan cuba cari masa untuk pergi kelas belajar teknik vokal. Tapi saya tak boleh nak tipulah, nervous tu memang tak boleh nak lari dari diri saya, namun ia tidaklah seteruk dahulu, sewaktu selepas insiden itu berlaku,” katanya lagi.

Muzik video Aku Terluka boleh ditonton di saluran YouTube Nabila Razali Entertainment dan boleh didengari di semua platform digital seperti Spotify, Joox, Apple Music, KKBOX, Deezer dan Youtube Music bermula 7 Disember.

Halimey Zamal