Terima Panggilan Daripada Ungku Ismail, Norreen Iman Menangis Nad Zainal Sudah…

Pelakon dan pempengaruh Norreen Iman yang terkenal dengan perangai ‘gila-gila’ di media sosial terkejut apabila menerima panggilan Ungku Ismail berkaitan keadaan Nad Zainal yang sedang sakit.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Norreen memberitahu Ungku Ismail telah membuat satu kejutan iaitu dengan melakukan panggilan video yang menunjukkan Nad sudah sedar.

“Wei abang ku buat suprise!

“Dia call aku, dia tunjuk muka Nanad. Dia dah bangun,” ucapnya.

Bukan itu sahaja, Noorren yang menangis setelah menerima berita itu sempat memarahi Ungku Ismail kerana menghubunginya secara mengejut tanpa memberitahu tujuan awal panggilan tersebut.

“C*laka tau! Dia tak ada bagi warning tak ada bagi apa tau, tunjuk muka nanad. Nanad senyum!” ucapnya lagi

Terdahulu, Nad yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) KPJ Ampang Puteri telah menunjukkan perkembangan yang baik setelah doktor mengurangkan dos ubat dan sudah mula untuk sedarkan diri.

Halimey Zamal