TikTokers Buat Prank B*doh, Ini Respons ‘Padu’ Sharnaaz Ahmad – “Aku Dah Tak Lama Dalam Industri, Tapi Kalau Begini Sumpah Sampah!”

Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok menunjukkan seorang individu lelaki melakukan aksi ‘prank’ terhadap seorang wanita dengan cara membaling kek ke muka bertujuan untuk melihat tahap kesabaran seseorang namun video tersebut mendapat pelbagai respons negatif dalam kalangan masyarakat.

Malah, ada yang menganggap kandungan video tersebut bersifat provokasi dan menjatuhkan maruah.

Menyedari perkara itu tular di media sosial dan mendapat pelbagai respons negatif, mentor kepada TikTokers berkenaan yang juga pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi menjelaskan, ia  hanyalah lakonan semata-mata dan individu yang terlibat dalam video berkenaan telahpun dibayar.

 

Ekoran perkongsian tersebut, rata-rata warganet dan rakan selebriti  termasuklah pelakon, Sharnaaz Ahmad tampil memberikan pandangan dan menganggap apa yang dikongsikan TikTokers tersebut sebagai ‘sampah’.

“Mai prank aku, nak alamat tak? Kalau tak, ramai nak prank awak ni,” tulisnya.

Dalam pada itu, Sharnaaz menerusi perkongsian di Instagram Stories (IGS) berkata, dia kesal apabila melihat industri seni tanah air melahirkan ‘sampah’ sebegini malah, berharap adalah lebih baik sekiranya negara kita dapat melahirkan anak muda yang berbakat dan hebat dalam lakonan ataupun nyanyian.

“Allahuakbar Pak Nil, saya sangat menghormati Pak Nil dalam industri. Tapi kalau nak lahirkan kaki viral ni di Malaysia elok lahirkan lagi anak-anak seni berbakat dalam lakonan dan seni tanah air. Bukan viral sampah ni.

“Saya dah 37 tahun, dah tak lama dah dalam industri tapi kalau begini industri kita? Sumpah sampah yang dilahirkan untuk mewakili seni tanah air,” tulisnya.

Sementara itu, Sharnaaz mengakui zaman sekarang kualiti lakonan sudah tidak lagi dititikberatkan malah, sebagai pelakon dia rindu melihat bakat baru yang hebat dilahirkan.Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok menunjukkan seorang individu lelaki melakukan aksi ‘prank’ terhadap seorang wanita dengan cara membaling kek ke muka bertujuan untuk melihat tahap kesabaran seseorang namun video tersebut mendapat pelbagai respons negatif dalam kalangan masyarakat.

Malah, ada yang menganggap kandungan video tersebut bersifat provokasi dan menjatuhkan maruah.

Menyedari perkara itu tular di media sosial dan mendapat pelbagai respons negatif, mentor kepada TikTokers berkenaan yang juga pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi menjelaskan, ia  hanyalah lakonan semata-mata dan individu yang terlibat dalam video berkenaan telahpun dibayar.

 

Ekoran perkongsian tersebut, rata-rata warganet dan rakan selebriti  termasuklah pelakon, Sharnaaz Ahmad tampil memberikan pandangan dan menganggap apa yang dikongsikan TikTokers tersebut sebagai ‘sampah’.

“Mai prank aku, nak alamat tak? Kalau tak, ramai nak prank awak ni,” tulisnya.

Dalam pada itu, Sharnaaz menerusi perkongsian di Instagram Stories (IGS) berkata, dia kesal apabila melihat industri seni tanah air melahirkan ‘sampah’ sebegini malah, berharap adalah lebih baik sekiranya negara kita dapat melahirkan anak muda yang berbakat dan hebat dalam lakonan ataupun nyanyian.

“Allahuakbar Pak Nil, saya sangat menghormati Pak Nil dalam industri. Tapi kalau nak lahirkan kaki viral ni di Malaysia elok lahirkan lagi anak-anak seni berbakat dalam lakonan dan seni tanah air. Bukan viral sampah ni.

“Saya dah 37 tahun, dah tak lama dah dalam industri tapi kalau begini industri kita? Sumpah sampah yang dilahirkan untuk mewakili seni tanah air,” tulisnya.

Sementara itu, Sharnaaz mengakui zaman sekarang kualiti lakonan sudah tidak lagi dititikberatkan malah, sebagai pelakon dia rindu melihat bakat baru yang hebat dilahirkan.

Salma Syahbuddin