TikTokers Mamat Got No Chill Sah Bergelar Suami Kepada Hanna, Mas Kahwin Sebanyak RM1212.12

Pempengaruh media sosial, Mamat Got No Chill sah bergelar suami kepada wanita pilihannya, Siti Nurhanna, dengan sekali lafaz, hari ini.

Berita gembira itu dikongsikan sahabat Mamat di Instagram (IG) dengan memuat naik video detik ijab dan kabul Mamat dan pasangan.

Difahamkan majlis pernikahan tersebut diadakan di kediaman pengantin perempuan di Batu Pahat, Johor.

Mamat atau nama sebenarnya, Muhammad Firdaus Mat Nahar menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1212.12 kepada Hanna.

Menerusi video tersebut, kedua mempelai segak mengenakan busan serba putih di hari bahagia mereka itu.

Untuk info, Mamat mula dikenali apabila sering mencipta kandungan-kandungan hiburan di platform TikTok.

Mamat juga pernah dikaitkan pernah menjalin cinta dengan beberapa nama selebriti wanita lain namun menafikannya.

Foto Kredit: Thelikeyuti & Faridismproduction

Khairil Khusyairi