Categories: HiburanTrending

Ditanya Menyesal Atau Tidak Jadi Penyanyi, Ini Jawapan Syada Amzah! – “Orang Panggil Saya Radio Bergerak”

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan penyanyi Syada Amzah menyanyikan semula (cover) sebuah lagu Arab yang berjudul Kalam Eneih mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syada Amzah Nyanyi Lagu Arab Dikritik, Netizen Kata ‘Bakat Yang Patut Dipendam’… Ramai Juga Puji Suara Sedap

Terbaharu, menerusi video temu bual bersama sebuah syarikat rakaman, Syada ditanya adakah menyesal bergelar seorang penyanyi, dia menyatakan bahawa ia sebuah anugerah.

Malah, dia diberi gelaran ‘radio bergerak’ kerana gemar menyanyi sejak usia empat tahun lagi.

“Tak. Tuhan dah anugerahkan. Saya memang suka nyanyi… orang panggil saya radio bergerak. Jadi, tak menyesal lah.

“Saya nyanyi dari umur empat tahun. Macam mana nak menyesal? Umur empat tahun tu tak pernah fikir lagi,” jawab Syada.

Adik kepada penyanyi Shila Amzah ini juga sering menyanyikan semula lagu penyanyi lain di Instagram dan Twitter dengan menggunakan tanda pagar #cadasings.

Untuk info, Syada memulakan kerjaya nyanyian sejak berusia 10 tahun menerusi sebuah rancangan realiti Idola Kecil pada 2008.

Kemudian, dia turut menyertai rancangan realiti nyanyian Big Stage Musim 2 namun tersingkir pada minggu kelima.

Atiqah Johari