Tindakan Nabil Ahmad Face Shaming Jihan Muse Undang Kecaman Netizen

Pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad sekali lagi dikecam netizen gara-gara mempersendakan wajah atau ‘face shaming’ rakan gandingannya, Jihan Muse dalam sebuah program nyanyian, malam tadi.

Memetik laporan Kosmo! Online, Nabil bertanya sama ada Jihan pernah mempunyai pengalaman menerima luahan cinta daripada mana-mana lelaki.

Mengakui tidak ada yang mendekati, Nabil terus berseloroh mengimbau kembali rupa paras Jihan suatu ketika dahulu.

“Kau pernah tak ada lelaki luahkan dia ‘crush’ pada kau?

“Mestilah tak ada sebab dulu muka kau macam mana pula,” katanya.

Kurang senang dengan gurauan tersebut, rata-rata netizen menyifatkan pengacara itu tidak sensitif dan suka ‘face shaming’ orang lain.

Bagaimanapun, gurauan tersebut menerima reaksi negatif daripada khalayak yang menyifatkan Nabil tidak sensitif dan masih gemar melakukan ‘face shaming’ terhadap orang lain

“Kita faham Nabil dan Jihan rapat, bertahun-tahun menjadi hos GV tetapi buat lawak di hadapan umum seperti itu tidak baik. Tak suka ‘face shaming’ atau ‘body shaming’.

“Saya rasa tidak lawak lagi apabila Nabil bergurau (face shaming) Jihan tentang penampilannya sebelum ini. Sudah tahun 2023, bolehkah beri jenis lawak lebih baik?” komen.

Sumber: Kosmo! Online

 

 

Fatin Nurain