Categories: SelebritiTrending

“Itu ‘Isteri Tidak Berdaftar’, Jadi Saya Tiada Komen” – Ibu Syamsul Yusof

Tular dakwaan mengenai pengarah sensasi Syamsul Yusof telah menceraikan isterinya, Ira Kazar yang sedang hangat diperkatakan di media sosial.

Artikel Berkaitan: Timbul Dakwaan Syamsul Yusof Ceraikan Ira Menerusi WhatsApp, Kazar Saisi Bagi Jawapan Ringkas Beserta Sekeping Foto

Artikel Berkaitan: “Saya Tak Tahu! Baru Balik Jakarta” – Isu Syamsul, Ira Cerai… Puteri Sarah Enggan Komen

Susulan itu, memetik laporan Harian Metro, ibu kepada Syamsul iaitu Datin Patimah Ismail tidak mahu mengambil tahu mengenai kontroversi tersebut.

Malah, Patimah hanya menganggap pelakon Puteri Sarah Liyana sebagai menantunya menerusi perkahwinan bersama anak sulungnya itu namun telah berpisah.

Kata Patimah ketika dihubungi, dia enggan memberi sebarang komen mengenai gosip yang tular kerana menganggap Ira sebagai isteri yang tidak berdaftar.

“Saya tak ambil tahu. Apa yang saya tahu menantu adalah Puteri Sarah Liyana, tapi mereka sudah berpisah.

“Apa yang berlaku seterusnya saya tidak tahu. Bagi saya itu ‘isteri tidak berdaftar’ jadi saya tiada komen’,” ujarnya kepada Harian Metro.

Bukan itu sahaja, Patimah turut bersuara mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh suaminya, Datuk Yusof Haslam berkenaan Syamsul yang sudah lama tidak pulang ke rumah.

“Betul lah apa yang suami saya cakap, tapi saya tak nak ungkit lagi.

“Saya tak nak merosakkan nama Syamsul lagi. Jadi saya tiada komen mengenai pertanyaan ini,” jelasnya lagi.

Artikel Berkaitan: “Papa Mama Tetap Anggap Sarah Menantu Kami” – Yusof Haslam

Artikel Berkaitan: “Jangan Sampai Bapa Kau Dah Tak Ada, Baru Kau Nak Cari” – Yusof Haslam

Artikel Berkaitan: “Dia Nak Madu Ke Atau Dimadukan, Itu Bukan Urusan Saya” – Yusof Haslam Komen Spekulasi Syamsul Yusof Ada Kekasih Baru

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari