Categories: HiburanTrending

Titip Komen Nakal Berkaitan Isu Poligami, PU Syed Kecewa Wanita Bergurau Sampai Persenda Agama – “Jika Sedar, Mohonlah Ampun Kepada Allah”

Baru-baru ini, terdapat sebuah video dimuat naik di laman TikTok yang memaparkan karikatur seorang wanita mempunyai dua orang suami dengan kapsyen ‘katakanlah perempuan boleh poligami’.

Video tersebut telah menerima pelbagai respons daripada pengguna laman media sosial termasuklah kecaman serta gurauan.

Memetik laporan mStar, karikatur tersebut dibuat sebagai tindak balas terhadap beberapa kes poligami melibatkan individu dikenali hingga menjadi perdebatan hangat dalam kalangan netizen terutamanya wanita.

Namun demikian, komen-komen yang ditinggalkan oleh golongan wanita dilihat melampau dan keterlaluan meskipun mereka menganggap ia sebagai gurauan semata-mata.

“Setahun mengandung dua kali… tak sempat sembuh betul-betul dah kena ‘bantai’ lagi!”

“Kalau talak di tangan isteri, memang banyak la duda nanti”

“Anak nak berbintikan ayah yang mana satu nanti?”

“Bestnya dapat threesome dengan suami ramai-ramai”

Sedih membacakan komen-komen tersebut, segelintir netizen seakan-akan sudah hilang rasa malu serta berani mempersenda hukum agama Islam.

Tampil mengulas mengenai hal itu, pendakwah bebas iaitu Pencetus Ummah (PU) Syed mengecam tindakan tidak bertanggungjawab mereka itu.

Menurut Syed, komen nakal tersebut jelas sekali menunjukkan perbuatan menghina agama.

Dia turut menyifatkan golongan wanita yang sanggup menulis komen sebegitu sebagai cetek ilmu pengetahuan dan mereka bergurau bukan pada tempat yang betul.

“Ramai kaum wanita yang kurang ilmu agama muncul, meninggalkan komen yang sangat menyalahi agama serta melontarkan komen pelik dengan anggapan itu adalah gurauan.

“Namun hakikat sebenarnya ia satu perkara yang menghina ketetapan agama.

“Terkadang apabila terlalu benci kepada sesuatu ketetapan, manusia boleh bertindak mengikut pandangan akal semata-mata.

“Ini bukan perkara yang boleh dibuat lawak,” jelasnya.

Akui tindakan mereka jijik dan berdosa, Syed berharap mereka bertaubat dan menyesali kesalahan yang dilakukan.

“Jika mereka sedar… mohonlah ampun kepada Allah dan memadam kembali posting atau komen yang mereka tinggalkan itu,” ujarnya.

Sumber : mStar

Syamir Shafie