Categories: HiburanTrending

Cerewet Pilih Tawaran Jadi Duta Produk, Fasha Sandha Pentingkan Kualiti Bukan Duit Semata-Mata

Aktres jelita, Fasha Sandha mendedahkan dia sangat memilih dalam menerima tawaran menjadi duta produk.

Tidak peduli dengan penolakan tersebut,
Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan meluahkan rasa bosan terhadap beberapa syarikat yang menjual produk yang sama sahaja di pasaran.

Memetik Berita Harian, meskipun bayaran yang ditawarkan tinggi, teraju utama drama Semua Salahku itu bagaimanapun tidak mementingkan duit semata-mata.

“Saya terima tawaran jadi duta kerana hargai produk berkenaan. Saya fikir kegunaan dan manfaat untuk saya kongsi dengan pengikut,” katanya.

Dalam pada itu, Fasha memberitahu dia menyimpan hasrat untuk bergelar usahawan dan memiliki produk jenama sendiri suatu hati nanti.


Namun demikian, pemenang trofi Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Anugerah Skrin 2007 itu perlu memberi fokus sepenuhnya terhadap kerjayanya sebagai pelakon terlebih dahulu.

“Saya belum bersedia untuk memperlahankan rentak dalam bidang lakonan. Sekiranya mahu berniaga atau nak buat produk kena ada masa yang banyak dan kena fokus kepada bisnes.

“Saya masih aktif, tak boleh buat dua kerja dalam satu masa. Jadi, saya fokus dalam lakonan dan jadi duta cari pengalaman dulu,” jelasnya.

Sumber : BH

Syamir Shafie