“Tolong Doakan Anak Saya” – Saharul Ridzwan

Sambutan terhadap drama bersiri Jangan Benci Cintaku lakonan hebat Saharul Ridzwan, Zahirah McWilson dan Niena Baharun yang disiarkan di TV3 ini nyata menjadi topik perbualan hangat dikalangan masyarakat. Sehingga lah ada diantara mereka menerima ugutan bunuh kerana netizen terlalu obses dengan drama tersebut.

Namun bagi pelakon utama drama ini, Saharul Ridzwan menganggap itu bukanlah keutamaan beliau sekarang kerana, apa yang dirisaukan nya sekarang ini adalah tahap kesihatan anaknya. 

Berkongsi gambar dan status menerusi laman instagram miliknya, Saharul Ridzwan memberitahu anaknya, Muhammad Luth Ali mengalami tonsil bernanah.

Ibu bapa manalah yang tidak risau tentang kesihatan anaknya kan? Apapun, sama-samalah kita doakan adik Ali sihat seperti sediakala.
Salma Syahbuddin