Hiburan By: Syafiqa Irdina February 5, 2020 @ 1:54pm

[Trending] Cemburu Dipercayai Motif Adik Kepada Bekas Juara MENTOR 6 Dibunuh Kekasih Sendiri

Masihkah korang ingat kepada Puteri Caroline, yang pernah menyandang gelaran juara bagi program realiti TV3 iaitu Mentor Musim Keenam pada tahun 2012 yang lalu?

Khabar mengejutkan diterima pada hari ini apabila adik kandungnya dilaporkan telah dibunuh oleh kekasih sendiri.

Mangsa yang dikenali sebagai Lady Cacabella, 24 tahun dikatakan selalu berkunjung ke rumah teman lelakinya  itu yang berusia 43 tahun kerana telah mengenali antara satu sama lain untuk tempoh yang lama.

Kenyataan media daripada Ketua Polis Daerah Wangsa Maju telah dikeluarkan semalam berikutan kes kematian ini yang berlaku di Kampung Padang Balang, Sentul, Kuala Lumpur.

 

Sumber: Kumpulan Prasarana

 

Mangsa Ditemui Dengan Kesan Tikaman Pada Perut

Menurut kenyataan media Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, mayat dijumpai di Kampung Padang Balang Sentul Kuala Lumpur pada 3 Februari, jam 5.52 petang.

Susulan daripada laporan yang diterima, Polis telah hadir ke lokasi kejadian dan telah membuat pemeriksaan di  rumah tersebut dan telah menjumpai satu mayat perempuan terbaring di atas katil dengan kesan tikaman pada perut.

Suspek Dilaporkan Mendapat Rawatan Kecemasan 

Pada masa yang sama, suspek yang merupakan teman lelaki si mati ketika berada di tempat kejadian, telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan kecemasan kerana telah muntah darah dan sesak nafas akibat cuba meminum cecair pencuci lantai.

Suspek dilaporkan masih tidak sedarkan diri dan kini masih menerima rawatan di Zon Merah Hospital Kuala Lumpur. Suspek akan ditahan untuk siasatan lanjut. 

Jenazah Telah Dituntut

Jenazah mangsa dikhabarkan sudah dituntut ahli keluarga jam 2.30 petang dan akan dikebumikan di Kampung Batang Merbuk, Tanah Merah, Kelantan.

 

 

Kes telah disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Pihak Polis Kuala Lumpur memohon supaya orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian di atas diminta segera tampil menyalurkan maklumat.

Sebarang maklumat berhubung kes ini boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Kanan, ASP Stephen Ganeson (016-3767390) dan ASP M. Hussin Sollehuddin Bin Zolkifly (017-2446363) Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Wangsa Maju atau Pusat Kawalan Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460522 sambungan 584/585 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Takziah Xtra ucapkan. Semoga urusan pengebumian dipermudahkan.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 28 Sep 2022
Hiburan Tue, 18 Dec 2018

阿哲漂移赛车成绩亮眼!横扫2项年度总冠军!

东于哲成员陈泽耀(阿哲)一口气在马来西亚速度节的漂移赛事(Drift Gonzo)拿下「Super  1600」和「Street Categories」两个项目的年度积分总冠军! 阿哲近年来醉心于赛车并成为业余赛车手,这是他继歌手、演员,最广为人知的身份;今年演艺行程虽排得满满,但他仍抽出时间参加各大小的漂移赛事,优异的表现更让他拿下马来西亚速度节(MSF)两个项目的年度积分总冠军,真正地以实力说话拿出真本事得奖。 阿哲表示这是他第一次参加累积分数的赛事,却每场都出席比赛,相当积极累积比赛经验。他透露,并不是每一场比赛都抱有很大的胜算,相比起获奖他更注重的是比赛中得到的经验。  他透露参赛各种赛事的过程其实并不顺利,各种突如其来的意外看起来都十分触目惊心,虽然挫折感但也感叹一路走来其实很励志。 “毕竟我是从零开始学习,到接触比赛,然后得奖。这可以激励更多想踏出第一步的朋友们,勇敢的去做自己喜欢的事情,会有意想不到的惊喜。”  阿哲目前已向公司请假,正计划在明年参与泰国的漂移比赛,并专注较大的漂移比赛上。“2019年会慢下脚步,看准一些大型的赛事才参加。希望有一天能在国外比赛,从赛事主持人口中介绍我是来自马来西亚的车手。”   最热娱乐焦点、最新艺人动态,守着八度空间中文娱乐新闻节目《八八六十事》。

Acara Thu, 18 May 2023

Pertama Kali Datang Ke Malaysia, Andmesh Jatuh Cinta Dengan Mi Goreng Mamak & Teh Ais

Terbaiklah Andmesh! Mi goreng mamak, teh ais siappp!🤣

Hiburan Mon, 26 Aug 2019
Hiburan Tue, 28 Jan 2020

Chacha Maembong Akui Suka Pakai Seksi Dari Dulu

Kalau takut kena kutuk, tak payah jadi selebriti…betul tak?

Featured Thu, 26 May 2022
Hiburan Tue, 19 Feb 2019
Hiburan Thu, 26 Jul 2018

Aidil Aziz Speechless, Fasha Sandha Buat Kejutan

Kejutan sempena ulangtahun Aidil juga turut dikongsi oleh Aqo Imran menerusi laman instagram miliknya. Jom kita usha momen bahagia antara Fasha dan Aidil dihari ulangtahun beliau yang ke-31