Categories: HiburanTrending

Tuduh Ibu Zayn Rayyan Sembunyi Kebenaran & Bersubahat, Zhiddin Aziz Berang Netizen Memandai-Mandai – “Dah Lupa Dosa Fitnah?”

Pempengaruh media sosial, Zhiddin Aziz meluahkan rasa geram terhadap tindakan segelintir netizen yang membuat andaian dengan mengatakan ibu Zayn Rayyan merupakan dalang di sebalik kes pembunuhan tersebut.

Zhiddin yang berang dengan komen-komen netizen di laman media sosial itu berkata, netizen beranggapan ibunya bersubahat dengan pelaku kerana riak wajahnya semasa ditemu bual oleh media seakan-akan menyorok kebenaran.

“Sepanjang saya mengikuti alur warta berkaitan kes adik syurga kita, saya kurang senang dengan tindakan orang yang memandai buat andaian ‘mak dia takde perasaan pun cerita kat media’, aa something fishy lah dengan mak dia’, katanya.

Perkara tersebut dikongsikan di laman TikTok miliknya semalam.

Menurutnya, sungguhpun dia penggemar animasi Jepun berunsur siasatan, Detective Conan, dia tidak pernah menjadikannya tiket untuk dia turut sama menyiasat kes tersebut berpandungan firasat sendiri.

Zhiddin menegaskan bahawa andaian-andaian tersebut dikira sebagai fitnah jika ia tidak betul sama sekali.

“Ingat, rangkai kata andaian ni bersaudara dengan rangkai kata fitnah jadi apakah kita lupa dosa menyimbah darah (memfitnah)? Adakah kita reti ‘meniti titi membalik syurgawi’

Menyedari hanya pihak bertanggungjawab sahaja yang boleh mengeluarkan sebarang justifikasi sahih, Zhiddin menasihati warganet agar tidak mengambil alih kerja penyiasat dan polis.

Dalam pada itu, dia turut menyeru orang ramai agar menghentikan tuduhan-tuduhan tidak berasas kerana simpati dengan perasaan keluarga mangsa.

“Cukuplah, berhenti membuat andaian. Kesian ahli keluarga mereka.

“Jangan sampai rasa kasih yang digenggam hilang kerana air yang ada telah diaduk dengan garam,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pendapat yang serupa serta mereka juga meluahkan rasa kurang senang dengan sikap memandai-mandai segelintir pengguna media sosial.

Syamir Shafie