Tukar Angin, Black Mahu Jadi Penyanyi Nasyid?

Sepuluh tahun bergelar penyanyi, Black mengakui mula tertarik membawakan lagu-lagu berkonsep keagamaan.

Juara Mentor musim ketiga ini memaklumkan dia mahu menghasilkan lebih banyak  lagu yang mendekatkan dirinya dengan Tuhan.

“ Kalau orang tanya, apa bakti saya kepada agama, sekurang-kurangnya saya ada lagu kerohanian.

“ Sesuai dengan status saya sebagai seorang suami dan bapa, saya rasa lagu berkonsep begini dekat dengan jiwa saya,” katanya kepada BH Online.

Black atau nama sebenarnya Hanifah Md Hanafiah memberitahu dia pernah menghasilkan lagu duet bersama Rabbani berjudul Dalam Aku dan Seruanmu yang mengingatkan kepada Masjid Al-Aqsa. 

“Saya juga yakin lagu seperti ini ramai orang suka, cuma saya tak pasti penerimaan peminat apabila saya menyanyikannya.

“ Single seterusnya ini mendapat sentuhan komposer, Omar K manakala lirik dihasilkan saya sendiri,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Black merancang mengadakan konsert di Kuala Lumpur dan Singapura.

Menariknya, konsert kali ini mungkin disertai oleh dua sahabatnya, Tomok atau Hazama. Selamat Maju Jaya, Black!

SGMS Faida