Tukar Jantina? Merepeklah…

Usahawan kosmetik terkenal, Sajat menafikan mendapatkan bantuan individu bernama Yusmiliati Mohamed Yusof seperti yang didakwa wanita itu dalam sebuah sidang media, petang tadi.

Menurut Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman dia tidak pernah memberi arahan sedemikian malah tidak mengenali wanita itu.

“ Merepek… saya tidak pernah minta tukar jantina. Saya juga tidak akan membuat sebarang permohonan maaf kerana saya tidak pernah mengenali dia.

“ Semua yang didakwa itu adalah tidak benar,” katanya kepada portal Mstar Online.

Individu bernama Yusmiliati mendakwa usahawan kosmetik terkenal ini ada bertemu dengannya bersama pembantunya, Ashaari Aznan bagi mendapatkan pertolongan menukar jantina dalam MyKad di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada Ogos 2017.

Tambahnya, disebabkan dokumen tidak lengkap dan Sajat juga gagal mengemukakan laporan rasmi perubatan, permohonan itu telah ditolak.

Disebabkan hal itu juga, Sajat dilaporkan membuat laporan polis mendakwa dirinya telah ditipu oleh wanita berkenaan.

Yusmiliati juga ditahan reman selama empat hari pada 1 Januari lalu di Balai Polis Ampang atas kesalahan jenayah di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

SGMS Enal