Tulang Belakang Retak, Bibir Koyak! Kenapa Dengan Nina Iskandar

Pelakon Andainya Takdir, Nina Iskandar terlibat kemalangan apabila kenderaan yang dinaiki oleh beliau dilanggar oleh dua kereta serentak. Dan, malangnya ia adalah kemalangan langgar lari.

Pembantu peribadi Nina, Arys Khalid memaklumkan bahawa pelakon ini berada dalam keadaan yang selamat walaupun terdapapt beberapa kecederaan pada beliau.

Nina sempat berkongsi berita kemalangan ini menerusi insta story miliknya yang menunjukkan keadaan kereta beliau serta gambar selfie beliau.

Menurut Nina, ini adalah dugaan paling besar buat dirinya sejak beberapa bulan yang lepas.

Dalam pada itu, pelakon dan pelawak Amyza Aznan juga turut berkongsi keadaan kereta milik Nina pada malam kejadian tersebut.

 

Semoga Nina sabar dan kuat untuk menempuhi hari-hari ada mendatang. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku.

Salma Syahbuddin