Categories: Oh Lawa

Bella Hadid Kongsikan Tip Untuk Makan Pizza Tanpa Mencomotkan Lipstick

Pakai lipstick memang best. Ia menambahkan seri kepada rupa anda, terutama sekali jika warna yang anda pilih adalah yang terang.

Kalau tak pakai produk makeup lain pun tak apa, asalkan ada lipstick yang cukup mengancam untuk memberikan oomph kepada penampilan anda.

Tapi yang lecehnya, bila nak makan saja, anda mesti kena hati-hati, kerana takut lipstick anda tercomot. Spoil habis rupa anda yang kononnya menawan tadi.

Cuba bayangkan yang anda berada di majlis yang meriah. Malunya! Lainlah jika anda pakai lipstick yang jenis waterproof.

Jika anda pernah mengalami situasi sebegini, tak apa. Ramai lagi wanita di dunia ini pernah melalui benda yang sama.

Di Internet, mungkin ada banyak tip yang telah dikongsikan tapi supermodel antarabangsa Bella Hadid juga ada tip tersendiri.

Rabu lalu, dia telah memuat naik sebuah video untuk Instagram Story di mana dia mendemonstrasikan cara yang betul untuk memakan pizza tanpa mencomotkan lipstick.

Oooh, susah tu! Kalau tak pakai lipstick pun gerenti ia akan terkena pada kulit di sekeliling mulut. Tapi Bella ada trick!

Jika anda tak sempat menonton video itu, jangan risau. Tutorial mini ini boleh dibahagikan kepada 4 langkah penting.

1. Pilih lipstick berwarna terang yang nampak berkilat dan tahan lama. Pakaikan banyak lapis kalau boleh.

2. Carik-carikkan sekeping pizza itu menjadi kepingan-kepingan kecil bersaiz 1 inci supaya senang dimasukkan ke dalam mulut.

3. Kunyah dan makan pizza itu sambil memuncungkan bibir anda. Macam itik!

4. Ulang langkah 2 dan 3 hingga pizza habis dimakan.

Jom cuba!

Sumber: Popsugar

Ad Ops