Categories: HiburanTrending

Tular Foto Siti Bainun Makin ‘Slim’, Ini Reaksi Padu Noh Salleh – “Dia Kurus, Tapi Bella Trauma Selamanya”

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai fizikal pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali kelihatan kurus ketika hadir ke mahkamah bagi mendengar rayuan.

Artikel Berkaitan: Sejak Masuk Penjara, Siti Bainun Makin Slim… Turun 60 Kilogram Dalam Masa 6 Bulan

Malah, perubahan bentuk fizikal Bainun yang dikhabarkan telah hilang berat sebanyak 60 kilogram itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet dan selebriti.

Namun begitu, vokalis kumpulan Hujan iaitu Noh Salleh meninggalkan komen pada berita berkaitan fizikal Bainun mencuri tumpuan ramai.

Kata Noh, Bainun kini berjaya menurunkan berat badan namun dia telah meninggalkan trauma buat Bella selamanya.

“Dia kurus, tapi trauma Bella selamanya,” komennya ringkas pada sebuah blog hiburan.

Siti Bainun kini menjalani hukuman penjara selama 12 tahun di Penjara Kajang selepas didapati bersalah atas tuduhan mengabai dan menganiaya remaja Sindrom Down, Bella.

Mahkamah memerintahkan Bainun untuk menandatangani bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan seorang penjamin beserta cagaran berjumlah RM5,000.

Dia juga diarahkan untuk melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.

Artikel Berkaitan: Berdepan Hukuman Penjara 20 Tahun & Denda RM50,000, Anne Ngasri Titip Doa Buat Siti Bainun – “Jika Tiada Kata Yang Baik, Diam”

Artikel Berkaitan: Kes Penderaan: Siti Bainun Didapati Bersalah Abai & Aniaya Bella, Berdepan Hukuman Penjara 20 Tahun & Denda RM50,000

Artikel Berkaitan: “Dia Sangat-Sangat Sihat” – Siti Bainun Nafi Dakwaan Pijak & Tendang Perut Bella

Artikel Berkaitan: Siti Bainun Takut Keluar Rumah, Akui Kehidupan Sudah Musnah – “Saya Hilang Segala-Galanya…”

Atiqah Johari