Categories: SelebritiTrending

Bekas Anggota Kumpulan In-Team Suhaimi Saad Meninggal Dunia

Bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 7.40 malam tadi.

Menerusi perkongsian Instagram Melodi TV3, Suhaimi dikhabarkan telah meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru.

Sebelum ini, Suhaimi atau juga dikenali sebagai Mosus telah dimasukkan ke hospital dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) serta terpaksa ditidurkan kerana mengalami kegagalan organ dalaman sehingga terpaksa bergantung dengan alat bantuan pernafasan sepenuhnya.

Bukan itu sahaja, Allahyarham Suhaimi juga dilaporkan menghidap batuk kronik sejak empat bulan lalu serta cirit-birit selama tiga bulan sehingga menyebabkan berat badannya turun mendadak.

Artikel Berkaitan: “Dia Alami Batuk Kronik & Cirit-Birit” – Sedang Kritikal & Terpaksa Ditidurkan, Organ Dalaman Suhaimi Saad Gagal Berfungsi

Sumber: Melodi TV3

Atiqah Johari