Categories: Filem

Kenali Watak Yang Menggegarkan ‘Impak Maksima Underground’

Filem terbaharu Tonton yang berjudul ‘Impak Maksima Underground’ menjanjikan aksi drift yang menarik. Para peminat sukan permotoran dan mereka yang minatkan babak-babak hebat pasti akan teruja dengan filem ini.

Ia menyoroti watak Rudi (Syafi Tee) yang amat meminati sukan permotoran jenis drift. Cita-citanya adalah untuk menjadi seorang drifter profesional. Dia tekad untuk merealisasikan impian ini sehingga sanggup bermula dari bawah sebagai pembantu am kepada Abang Moe di Aylezo Speedzone & Speedway, sebuah trek Go Kart dan akademi sukan permotoran.

Rudy juga bijak mengambil peluang. Selain melaksanakan tanggungjawabnya untuk menguruskan premis tersebut, Rudy juga sering memberi tumpuan kepada kelas drift yang dijalankan oleh drifter profesional yang mesra disapa sebagai Abang Johan.

Pelbagai cabaran menanti Rudy dalam perjalanannya untuk menggapai impian. Dia juga mengetahui kewujudan pertubuhan lumba kereta rahsia yang dinamakan Impak Maksima Underground. Wang dan kekayaan tidak menjamin undangan ke perlumbaan kereta anjuran pertubuhan ini. Sebaliknya, kredibiliti pemandu menjadi keutamaan.

‘Impak Maksima Underground’ memaparkan watak-watak unggul yang menggegarkan jalan cerita ini.

#1 Rudy (Syafi Tee)

Rudy merupakan watak utama dalam kisah ini. Jejaka kacak berusia 25 tahun bertugas sebagai seorang pekerja am dan pembantu mekanik di sebuah bengkel kereta drift. Rudy mempunyai semangat waja. Namun, dia juga berdepan dengan masalah kurang keyakinan.

#2 Arie (Ismail Izzani)

Arie merupakan rakan sebaya Rudy. Dia datang daripada keluarga yang berada. Arie juga merupakan seorang drifter tegar. Walaupun dia mempunyai status ekonomi yang lebih tinggi, dia masih kuat cemburu dan berdendam terhadap Rudy.

#3 Aida (Nia Atasha)

Aida merupakan kekasih kepada Arie. Dia seorang yang cantik dan membawa elemen feminin. Aida memperlihat kualiti keyakinan diri yang tinggi. Namun, dia juga mempunyai sisi degil dan baran.

#4 Idlan (Juzzthin)

Idlan adalah seorang drifter dan juga pemilik kedai ‘sticker’ kereta. Dia mempunyai sifat berdaya saing yang amat tinggi. Idlan juga mempunyai strategi tersendiri untuk membina namanya.

Cerita Apa? ‘Impak Maksima Underground’
Di Mana? Strim eksklusif HD di Tonton

Afiqah Azizan