Tular Gambar Jungkook Berpelukan, Big Hit Entertainment Bakal Ambil Tindakan!

Kecoh dalam kalangan peminat-peminat kumpulan terkenal Kpop iaitu BTS apabila sekeping gambar ahli termuda mereka berpelukan dengan seorang wanita tersebar!

 

Sumber oleh AllKpop

 

Kelab peminat kumpulan BTS iaitu Army mesti tengah bengang bila melihat foto tersebut kan?

Spekulasi ini semakin hangat diperkatakan berikutan sebuah foto yang diambil daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memperlihatkan Jungkook sedang memeluk seorang wanita.

Tapi, korang jangan risau sebab agensi pengurusan BTS iaitu Big Hit Entertainment telah tampil mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan perkara tersebut.

Menurut AllKpop, pihak agensinya menegaskan wanita tersebut hanyalah kenalan yang secara kebetulan bertemu ketika dia sedang bercuti di Geoje Island dan mereka juga meluangkan masa bersama dengan rakan-rakannya lain.

Big Hit Entertainment bertegas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mengganggu  kehidupan peribadi artis mereka.

“Kami akan siasat sama ada rakaman CCTV itu sengaja disebarkan atau dirakam secara haram. Kami juga bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pendedahan maklumat peribadi dan pencerobohan privasi,” kata pihak agensi tersebut.

Hopefully isu ini dapat settle dengan cepat.

Ditulis Oleh: Dina Azmi

Ad Ops