[VIDEO] Tular Gambar Suami Ain Edruce Zaman Merempit, Netizen Tak Sangka Pandai Bawa Motor – “Mirul Rempit Sopan Agaknya..”

Tular beberapa keping foto suami kepada pelakon dan pengacara, Ain Edruce iaitu Amirul semasa zaman permotoran atau ‘merempit’.

Menerusi perkongsian di TikTok @_selipar.putus yang dipercayai salah seorang rakan Amirul memuat naik foto dengan menaiki motosikal masing-masing.

“Major throwback zaman merempit.

“Sekarang masing-masing dah kahwin, berjaya dan makin famous. Aku jugak yang maintain macam dulu,” tulisnya di kapsyen.

@_selipar.putusSekarang masing² dah kahwin, berjaya & makin famous. Aku jugak yang maintain macam dulu..🫣😅♬ Gasolina – Daddy Yankee

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen tidak menyangka Amirul merupakan seorang ‘mat rempit’ kerana sering tampil dengan sifat yang pendiam.

“Mirul rempit sopan agaknya.

“Weh laki Ain Edruce ke hahahaha.

“Weh Mirul pandai bawak moto rupanya hahaha,” komen netizen.

Maya Basir