[VIDEO] GF Ke Tu? Peminat Kongsi Aksi Romantik Fimie Don Bersama Seorang Gadis Di Konsert, Netizen Teka: – “Itu Dulu Pelakon Kanak-Kanak Juga”

Pelakon dan penyanyi Fimie Don dilihat mesra bersama seorang gadis di sebuah konsert pada Jumaat lalu.

Menerusi kiriman video yang dihantarkan peminat kepada XTRA, wanita itu meletakkan kepalanya ke bahu Fimie dan mereka berpelukan sebelum konsert itu bermula.

Aksi tersebut kemudiannya menimbulkan pelbagai reaksi dan rata-rata netizen mengenali identiti wanita itu yang juga merupakan seorang pelakon kanak-kanak.

Netizen turut mendakwa wanita itu merupakan teman istimewa Fimie kerana sering dilihat keluar bersama.

“Perempuan tu pelakon kanak-kanak yang ada kakak sekali berlakon, muka lebih kurang, hitam manis orangnya,” kata netizen.

Maya Basir