Kad kahwin Noh Salleh & Tunang Tular, Bakal Nikah 23 September Ini

Desas-desus mengenai hubungan vokalis kumpulan Hujan iaitu Noh Salleh akhirnya terjawab apabila dia bakal menamatkan zaman dudanya dengan pilihan hati yang juga seorang peguam, Fatin Athira Mustapa pada 23 September depan.

Memetik laporan Berita Harian, pasangan ini bakal diijab kabulkan pada sebelah pagi, diikuti majlis resepsi yang akan berlangsung di sebuah lokasi yang terletak di Puchong.

Difahamkan, kad undangan yang dicetak secara digital juga mula tular sejak Khamis.

Terdahulu, Noh mengejutkan ramai pihak selepas berita mengenai pertunangannya diketahui umum.

Malah, fotonya bersama Athira memakai pakaian sedondon berona hitam menguatkan lagi spekulasi yang timbul.

Sekadar info, Noh atau nama penuhnya, Mohammad Noh Salleh pernah mendirikan rumah tangga dengan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina pada 2 Julai 2011, namun bercerai pada awal Ogos tahun lalu.

Noh dan Mizz Nina tidak dikurniakan cahaya mata, sebaliknya memiliki anak angkat yang diberi nama, Musa.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Berebut Anak, Noh Salleh Dedah 6 Bulan Harungi Tempoh Sukar Selepas Cerai Dengan Mizz Nina

ARTIKEL BERKAITAN:Noh Salleh Sah Bertunang Dengan Peguam, Bakal Bernikah Pada 23 September Ini

 

Sumber : Berita Harian

Salma Syahbuddin