Tular Video Buat ‘Check Up’, CEO Pusat Perubatan Beri Bayangan Uqasha Senrose Kini Berbadan Dua? – “Selamat Jadi Ibu Bapa”

Pasangan selebriti, pelakon Kamal Adli dan aktres jelita, Uqasha Senrose menjadi sebutan ramai di media sosial selepas tular sebuah video memaparkan mereka di sebuah hospital swasta, Kajang.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perubatan Kajang Plaza, Datuk Saroni Judi itu, beliau mengalu-alukan kehadiran pasangan selebriti ke hospitalnya.

Video pendek itu menunjukkan sesi perbincangan antara pasangan itu bersama Saroni di pejabat beliau.

Apa yang menarik perhatian adalah, Datuk Saroni seakan telah memberi bayangan bahawa Uqasha kini sedang berbadan dua menerusi ruangan kapsyen yang ditulis di hantaran tersebut.

“Selamat datang Kamal dan Uqasha, selamat menjadi ibu bapa,” tulisnya.

@datuksaronijudi

Selamat datang Kamal dan Ukasha. Selamat menjadi ibu bapa.

♬ Ikatan Asmara – Baby Shima & Fairuz Misran

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tertanya-tanya sama ada benar Uqasha sedang hamil.

Ada juga segelintir netizen mengucapkan tahniah Uqasha dan Kamal.

Sebelum ini, Uqasha mendedahkan dia pernah keguguran sebanyak dua kali.

Sekadar info, Uqasha dan Kamal mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021.

Artikel Berkaitan: Terpaksa Jalani Pembedahan, Uqasha Senrose Keguguran Dua Kali – “Haid Datang Tak Berhenti…”

Artikel Berkaitan: Dituduh Bergambar Terlalu Rapat Dengan Ustaz Azhar Idrus, Uqasha Senrose Dikecam… Tuan Badan Tampil Foto Baharu, Kamal Adli Beri Penjelasan

Artikel Berkaitan: ‘Koyak’ Ketika Sesi Live Di TikTok, Uqasha Senrose Anggap Rakan Arwah Sengaja Cetus Provokasi -“Dia Boleh Pula Play Victim Minta Kita Chill”

Aqilah Paharuzi